HOTEL HATYAI, THAILAND
Bagi anda yang mengambil pakej dengan Abang Travel, berikut adalah senarai Hotel yang ditawarkan di Hatyai. Hotel akan diberi mengikut kekosongan. 
1) PS EXTRA HOTEL

- Hotel ini berada di tengah bandar Hatyai di belakang Big C Extra (80 meter). Boleh jalan kaki ke Big C Hatyai.
- Berada antara jarak 2-3km untuk ke tempat-tempat menarik seperti Asean Night Bazaar, Kim Yong market, dan Lee Garden Walking Street. 
- Free Wifi dan ada lift (elevator).
Gambar semua bilik di Ps Extra,Hatyai.
2) PS THUNGSAO,HOTEL
Ps Thungsao Hotel juga antara hotel yang berada di tengah bandar Hatyai. Hotel ini terletak berdekatan Magic Eye 3D museum dalam 1.5km jarak dari Hotel. Jarak ke tempat viral seperti Asean Night Bazaar, Kim Yong Market, Hatyai Municipal Park dan lain-lain lagi adalah 1-2km sahaja. Hotel ini juga ada menyediakan lift ( elevator ).
3) PS SRIPHU HOTEL
Ps Sriphu Hotel adalah salah satu Hotel yang menyediakan swimming pool dan playground sesuai jika anda datang dengan family dan anak-anak. Lokasi Hotel ini adalah dalam 5-6 km ke tempat tempat viral seperti asean night bazaar, Kim Yong Market dan floating market. Namun ianya tidak menjadi masalah , anda boleh menaiki van yang disediakan pihak Abang travel. Hotel ini juga ada disediakan lift (elevator) dan wifi di public areas.
4)B2 RAT BOUTIQUE HOTEL

Hotel B2 rat ini terletak betul betul di tengah bandar Hatyai dan jarak ke tempat viral hanyalah dalam lingkungan 1km sahaja. Jika anda nak ke Asean Night Bazaar , jarak dari hotel hanyalah 880m sahaja. Hotel ini ada sediakan lift (elevator) dan free wifi di semua bilik. 

Jika anda ingin menginap disini, anda hanya perlu add on harga mengikut harga semasa booking. 
5)LALITA BOUTIQUE HOTEL
Lalita Hotel terletak di bandar Hatyai dan jarak dalam 1.8km dari Kim Yong Market. Jarak dari city centre adalah dalam 3.5km sahaja.

Jika anda ingin menginap disini, anda hanya perlu add on harga mengikut harga semasa booking. 
6) ALOHA HOTEL

Aloha Hotel adalah salah satu hotel yang terletak dalam 500 meter ke Lee Garden Walking Street. Dan boleh berjalan kaki sahaja ke Train Station Hatyai. 

- 450 meter ke kim Yong Market
-1.91km ke Asean Night Bazaar
- 2.75km ke Hatyai Municipal Park 


Jika anda ingin menginap disini, anda hanya perlu add on harga mengikut harga semasa booking.
 
6) FRIENDLYTEL HOTEL
Friendly Hotel terletak di tengah bandar Hatyai dan berdekatan dengan 7 Eleven (300 meter). Jarak ke Kim Yong Market adalah 810 meter dan asean night bazaar Hatyai hanyalah (1.37km). 

Jika anda ingin menginap disini, anda hanya perlu add on harga mengikut harga semasa booking.